Zenit 122 : "The Russian Shooter"

Salam semua, hihihhi! Agak lama tak update blog aku ni. Sebenarnya aku mencari idea dan bahan apa yang nak dimuat-naikkan ke dalam blog aku ni. Ok kali ni, aku nak tunjuk dan cerita sikit pasal kamera buatan Russian @ Soviet yang dipanggil ZENIT or some say ZENITH model 122. Kamera Filem SLR dgn lens yang digunakan MC Helios-44-M-4 58mm f2. Kalau nak tgk spesifikasi dan manual dengan lebih detail boleh tengok kat laman www.rugift.com

“yang ni contoh je : versi Soviet

“dial button utk ISO”

“dial button utk shutter speed”

Bagi aku kamera ni, masih dalam keadaan baik dan Depth of Field pun bagus. Kamera ni sesuai untuk dalam keadaan cuaca yang cerah, maksud aku cukup cahaya la… kalau malam ke tompat golap ke, gunalah kreativiti masing2 untuk mendapatkan gambau terbaik. Close-up dan portraiture pun okey gak kalau kena dgn caranya. Apa yang bestnya dengan kamera ni, dia ada dial button utk ISO dan shutter speed. Siap ada self-timer walaupun aku tak pernah cuba lagi. Boleh guna speedlite. Oleh kerana kamera ni buatan russian mungkin susah sikit nak cari aksesorinya. So aku akan guna apa yang ada je la. 😀

Hmm, aku nak citer panjang pun tak tau apa sangat tapi aku dah try guna kamera tersebut dan  tengoklah hasil-hasilnya walaupun gambau agak sedikit blur dan ada noise sikit2. Sebagai percubaan aku menggunakan 1 rol filem kodak (12 exp.poses) tapi tak semua 12 rol yg menjadi.  Asyik guna DSLR je kan, kalau gambau tak jadi bleh ar delete n amik skali lagi tapi bila guna kamera filem mcm mana nak tengok?! Lepas hantar ke kedai baru tau ok ke tak! So kena betui-betui mahirkan dgn kamera filem gak. (hihihihi 😛 kena blajaq lagi ni). Macam nak merapu je ni…  :P!

Layan ar gambau2 kat bawah ni yang saya snap guna kamera filem di atas.

“bunga kat opis aku”

“pelajar2 yang datang berurusan”

“pelajar2 yang datang berurusan”

“my boss : Kak Lin, tgh tunggu due je nak kuarkan baby :D”

“kawan2 kat pejabat : Kak Yati, Kak Aya, Kak Yam dan Nik”

“kunci kereta aku”

Last komen aku untuk kamera ni… WOW!!!! Masih boleh guna lagi… hihihihi. Korang mesti nak tanya mana aku dapat kamera ni kan… kan…?! Thanks to my big bro Angah! Dia yang kasi kat aku. Harga kat pasaran aku tak pasti lak, puas juga survey kat internet. Aku agak dalam RM800 – 900 kot… Hmm takper la, at least aku dapat tambah koleksi kamera aku… hahaha!

Komen & Kritik amat dialu-alukan. Thank you again, kepada semua yg sudi melawat blog saya ni… Arigato!

This entry was posted in Tips dan Tutorial, Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a comment