2nd Putrajaya International Hot Air Balloon

Salam, nukilan kali ni pasal belon panas yang berlangsung kat Putrajaya minggu lepas. Sebanyak 23 buah negara yang mengambil bahagian. Aku cuma berkesempatan pergi pada hari ahad. Cadangnya nak gi hari  sabtu tapi tak jadi pergi. Ok la, untuk gambau-gambau kat fiesta ni aku guna setting Aperture Priority dimana ianya akan mengawal bukaan lens yang membenarkan cahaya masuk ke atas sensor. Aku hanya guna f5.6. ISO mcm biasa aku tak usik dan mmg setting rendah. WB Auto jer… Lens aku guna kit lens D90 jer…

Aku pergi ke sana dalam jam 10 pagi dan sampai sana lebih kurang kat2 tenghari la jugak.  Cuaca memang panas sgt masa tu dengan pengunjung yang ramai dan aku tak jalan2 ke booth pameran yang disediakan sebab kepala dah pening sgt tak tau nak gi mana.

Ok la, tgk ar gambau-gambau gelagat dan ragam ribuan pengunjung yang hadir.

“yang ni Malaysia punya belon panas…

“Lari… lari… lari…!” Hahaha, cebaik tak kena hempap dek belon panas ni. Angin masa tu mmg kuat dan penganjur terpaksa menangguhkan sesi tersebut walaupun ramai lagi yang tunggu turn untuk naik belon panas ni.

“Hmm, mana belon lain ek?!” Aku tanya pengawal dia kata sebelah petang dalam jam 6 ptg baru ada yang lain.  Masa aku sampai kat tempat ni mmg ramai betui photographer. Semuanya hebat-hebat. Aku rasa malu n rendah diri lak nak kuarkan kamera aku masa tu. Oleh kerana aku tak dapat nak amik gambau belon panas yang lain jadi aku amik ragam pengunjung dan photographer sikit2.

Bawah ni adalah segelintir daripada Canon Shooter

Nikon Shooter den tak sempat nak carik n snap aksi mereka. Aku rasa tahun 2009  adalah permulaan bagi photographer melayu tumbuh bagai cendawan. Lagi 2 – 3 tahun mcm mana ek? Mesti berlambak photographer punya especially wedding photographer.

Ok, it’s time for me to flyyyy.… babai n tenkiu kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ni. Segala kekurangan yang saya paparkan dalam blog ini saya mohon maap ek… Saya kan budak baru belajar…😀

Gambau yang akhir ni wife aku amik, dia kata nak belajar amik gambau gak dan sifu dia adalah AkU?! hihihiJanji ada minat… semua bleh buat.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

4 Responses to 2nd Putrajaya International Hot Air Balloon

  1. akram says:

    sy pun ade g jugk.tp hari sabtu petang..rmai sgt2,xsompet naik belon tu..hehe
    nk amk gambo pun xde kamera..tp dtg tgok pun jg la..hehehe

    • Azman says:

      Salam, bro! Hihihi takper… Tahun depan kalau dia org buat lagi. Tepon aku nanti bleh amik gambau wat family portrait ke? Handphone kan ada kamera?🙂 Tq, bro!

  2. zakuanhasan says:

    Ini yg lebih jadik kameraman…apa2 pun jadik. Tak dapat subjek utama dapat yg lain punya jadik karya jugak…cayalah Man…

    Aku ada shoot wedding ahad tu Man. Tak dapat nak pegi…tapi ada sesuatu yang aku dpt shoot ari tu…tunggu kat blog aku nanti. SAbtu ni datang la kat stadium mini shah alam. Ada kejohanan bolasepak 9 sebelah anjuran MAIS..datang shoot aku main huuu..huuuu

    • Azman says:

      Salam, alamak ko ada shot wedding ke ari tu? Kalau aku tau mesti aku nak follow. Sabtu ni aku ada kenduri lak kat kg.😦 adui ai kalau tak bleh gak aku try shot. Takper next time je… Tq, bro!😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s