Ambang 2014

Salam… ni entry pasal Ambang 2014, walaupun dah berada di bulan Februari. hehe… Apa yang menarik sambutan tahun baru 2014 yang dianjurkan oleh Pejabat Dun Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, Melaka ini ialah ada pertandingan karaoke, cabutan bertuah, sukaneka, pertandingan kompang, battle of the band tema 60an, pameran booth beberapa agensi kerajaan dan swasta, pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna, senamrobik, pertandingan kraftangan dan masakan serta pertunjukan bunga api. Event berlansung selama dua hari, Grand prize adalah sebuah motorsikal Modenas macam yang kat gambar bawah ni. Untung dan bertuah sungguh orang tu.

wMockup sticky1

Bila tiba tahun baru mesti ada azam baru, semua orang ada azam atau niat samada untuk perbaiki diri mahupun kehidupan semasa. Tahun baru hanyalah pertukaran nombor sahaja yang tidak memberi apa-apa erti kepada kita, yang penting usaha kita yang berterusan untuk memperbaiki sikap dan taraf hidup masing-masing. Sifat sabar yang paling utama harus ada dalam diri. Memang mudah untuk suruh seseorang itu bersabar tapi pelaksanaannya belum tentu boleh.

Harus ingat sebagai muslim, yang Allah itu selalu menguji hamba-Nya dalam apa jua keadaan, susah mahupun senang, kaya mahupun miskin. Semuanya diuji oleh-Nya. Mungkin sesuatu yang buruk terjadi itu, tidak semestinya tidak baik bagi kita. Ada kebaikan bagi setiap kejadian.al-baqarah2249Sebahagian dari surah Al-Baqarah 2:249, maksudnya: “…dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar.

p/s: Kalau bolehlah aku nak sarankan program sebegini, selitkanlah sedikit masa untuk ceramah agama. Panggillah Ustaz-ustaz yang dikenali supaya mereka dapat memberi kita nasihat  dan tak leka dengan tipu daya dunia dan sentiasa beringat pada Yang Maha Esa.

mysign
Photographer
+6019.263.3206
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s