Majlis Pertunangan: Hayati & Kadir (13.01.2013)

Bismillahirrahmanirrahim…

Layan sebahagian gambar sepanjang majlis pertunangan Hayati & Kadir pada minggu lepas. Pertunangan bukan sekadar adat yang boleh diambil ringan kerana pertunangan adalah perjanjian antara pihak lelaki dan perempuan yang bersetuju untuk menempuh alam perkahwinan bersama. Oleh itu, janji hendaklah dikota.

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang beriman, tunaikan serta sempurnakan perjanjian kamu.” (surah Al-Maidah, ayat 1).

Oleh itu, sesuatu perjanjian termasuk perjanjian untuk berkahwin yang dibuat ketika bertunang tidak boleh ditamatkan melainkan ada alasan munasabah. Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Orang Islam terikat dengan perjanjian mereka dan perkara yang mana mereka sudah bersetuju.” (sahih Muslim).

Pertunangan biasanya diadakan mengikut adat resam sesebuah masyarakat di mana ia dianggap sebagai langkah permulaan kepada perkahwinan. Adat pertunangan boleh diikuti selagi ia tidak bertentangan dengan Islam. Diriwayatkan oleh Iman Ahmad, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesuatu perkara atau perbuatan yang dianggap sebagai baik oleh masyarakat Islam adalah baik di sisi Allah.”

1

2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
mysign
Photographer
+6019.263.3206
This entry was posted in Jurugambar Perkahwinan, Pertunangan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s