Photography Tips – Joe McNally’s Blog

Salam, baru je habis ziarah laman blog Joe McNally dan ianya sebuah blog yang amat berguna untuk seorang jurugambar ataupun peminat kepada gambar-gambar yang cantik, menarik dan unik. Joe McNally, dah status otai, orang lama, tahap dewa punya fotografi la…🙂 Kalau korang nak info lanjut siapa dia Joe McNally ni boleh singgah tengok kat blog dia. Kat sini aku nak kongsi sikit tips dari beliau.

Tips tentang apa yang perlu dibuat dan jangan dibuat… omputih cakap the DOs and DON’Ts. According to Joe McNally’s blog:

  1. Jangan ambil gambar hanya sekeping-dua je… Nak ambil biar banyak takpe, 20 keping ke, 200 keping ke, 2000 pun boleh. Ambil je apa-apa gambar yang korang rasa menarik dan boleh dikongsikan bersama. Bukan kena bayar pun, dah nama kamera digital… space is not the issues. Bukan guna kamera filem kan?!
  2. Bila kita mengambil gambar individu, sentiasa berinteraksi dengan individu tersebut. Jangan dok main tangkap je, interaksi sangat penting! Biar mereka tahu yang mereka amat penting dalam menghasilkan gambar yang cantik. Let them know they are in a good hands Keyakinan satu lagi perkara yang amat diperlukan tanpa keyakinan dan keselasaan, mereka pun akan merasa tidak yakin dan tidak selesa dengan kita.
  3. Ingat, kamera itu hanya peralatan atau medium bagi kita untuk merakamkan sesuatu yang bermakna dan berharga. Ianya hanya sebuah mesin dan tidak mempunyai perasaan. Jadi gunakanlah sebaik-baiknya dengan segala ilmu fotografi yang anda tahu.
  4. Jangan ambil gambar ‘outdoor’ dalam keadaan cuaca yang terlalu terang, terlalu gelap dan ‘tengahari buta’ matahari dok terpacak atas kepala tu…🙂 Pandai-pandai le nak kuar ‘outdoor’ tu bila masa yang sesuai…
  5. Jangan ambil semua gambar dari paras mata (eye level). Ambil gambar dari pelbagai posisi dan persepektif… rendah! panjat tempat tinggi! berbaring! meniarap!Sentiasa membawa kamera kemana jua andai pergi tanpa kamera agak sukar untuk merakamkan detik-detik indah.
  6. Praktik amalan/setting yang betul didalam kamera.  Jangan cakap “boleh repair tu.. takpe!”. Photoshop is not an emergency room for grievously wounded picture. Sentiasa berusaha untuk perbaiki teknik mengambil gambar dengan betul, penggunaan lensa dan kuasai kamera anda sepenuhnya.
  7. Sentiasa kosongkan kad memori anda dan segala setting yang telah anda tetapkan sebelumnya. Reset semula kepada asal!Jangan beranggapan gambar yang cantik itu terhasil dari tempat yang cantik sahaja seperti di Bali, pulau-pulau, gunung-gunung sahaja. Mungkin, gambar yang cantik ada di depan mata anda.
  8. Jangan ambil gambar dengan perasaan yang tidak gembira kerana ianya akan menghasilkan gambar yang tidak menarik. Stop! Ceriakan hidup anda dan fikirkan bagaimana untuk mendapatkan yang terbaikkkk!

Ok, la… sedikit perkongsian dari aku. Selanjutnya, korang boleh surf sendiri kat blog Joe McNally @ http://portfolio.joemcnally.com/.

Photographer
+6019.263.3206
This entry was posted in Tips dan Tutorial. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s