Kebangkitan Islam?!

Salam, masa solat Jumaat minggu lepas kat masjid Padang Jawa rasa hairan sikit, khutbah dia panjang dari biasa. Khutbah disampaikan oleh siapa aku tak berapa pasti pula sebab dtg lewat sikit…. hihihihi tapi isunya bukan pasal aku datang lewat ok. Ustaz yang memberi khutbah tu, dia ada menyebut tentang kebangkitan islam, kedatangan Imam Mahdi dan kemunculan Nabi Isa a.s, so aku rasa pelik dengan khutbah tersebut sebab pengisiannya tak macam khutbah2 jumaat yang biasa aku dengari yang banyak menyentuh isu semasa yang berlaku dalam negara kita. Sempat jugalah aku jeling tengok jam kat dalam masjid… dah hampir jam 2.00 petang. Lepas ustaz tu dah habis berceramah barulah azan berkumandang. Aku tengok keliling, jeling kiri-kanan, jemaah lain tak bangun untuk menunaikan solat jumaat, lagi la aku pelik. Oh rupa-rupanya baru nak mula solat jumaat, azan pertama dan diikuti khutbah jumaat yang disediakan oleh jabatan agama islam.

End of story Part 1 … continue reading Part 2 pula…🙂

Dalam ceramah ustaz tersebut, ada menyentuh juga isu luar negara yang tengah hangat iaitu isu di Tunisia dan Mesir. Di mana presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali digulingkan akibat pemerintahan yang tidak adil. Manakala di Mesir pula, presidennya Hosni Mubarak menghadapi situasi yang sama. Ustaz tu kata lagi, lepas ni pula, dijangkakan merebak pula ke Syria, Jordan dan ke seluruh Asia Barat dan Tenggara… Sekiranya presiden Mesir digulingkan, maka pemimpin dari  Ikhwan Muslimin akan memimpin dan memerintah bumi Mesir…. Wallahualam.

“Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula, berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.” (QS.al-“Asr: 1 – 3)

Ok la, layan serba sedikit gambar-gambar rusuhan yang berlaku. Kalau nak tengok gambau2 lain boleh google je… aku pun google gak.😀

Maaf jika apa yang aku nak sampai/terangkan disini tidak secara detail dengan hadis dari Rasulullah s.a.w.

Photographer
+6019.263.3206
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s