Ramadhan Ya Ramadhan

Salam, syukur alhamdulillah! Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku peluang menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan kali ni. Bagi yang berugama islam inilah masa untuk memperbaiki diri menjadi hamba Allah swt yang baik.

Tapi ramadhan kali ni aku dapat rasakan perbezaannya terutama MASA. Cepat sungguh masa berlalu, pejam celik tau2 dah nak berbuka puasa dan kita sekarang sudah berada di 11 ramadhan, berakhir sudah kebaikan fadhilat terawih di 10 malam yg pertama.

Malaikat Jibril berkata ‘Celaka seseorang yg masuki Ramadan tetapi keluar darinya sdg DOSANYA TIDAK DIAMPUN oleh Allah’. Lalu Nabi diminta utk berkata ‘amin’ & Nabi mnyebutnya (Erti dari hadis sohih). Demikian besar BAHAYA BERLENGAH, BERMALASAN & TIDAK AMBIL PEDULI utk memohon pengampunan di bulan mulia ini. Pohonan keampunan Allah perlukan BUKTI amal fizikal & hati. Sudahkah kita tunaikan spnjng 10 hari lalu? – petikan dari laman facebook Ustaz Zaharuddin.net

Hmm… teringat pulak zaman aku sekolah dolu2 lepas berbuka  puasa gi terawih kat surau, jalan ramai2 dgn member2 kampung dgn bonda tercinta… Lepas tu tengok budak main meriam buluh @ tin, skali bakau dia punya bunyi mmg kuat ar. Siap berbalas tembakan pula tu… memang best!

Dalam umat islam menjalani ibadah puasa ni, masih ada lagi kedengaran berita buang bayi, sedihnya! Takde perasaan belas kasihan ke?! Aku rasa mmg patut kerajaan laksanakan hukuman gantung sampai mati ke atas pelaku yang membuang bayi ni, dah ler berzina… isshhh2x Akhir Zaman kottt… Na’uzubillahhi minzalik! Kalau tak dapat pembalasan didunia pasti dapat diakhirat kelak. Wallahualam.

Buat apalah korang buang bayi tu… hanya kerana takut NAMA dan KELUARGA tercemar lalu diambil keputusan buang sahaja bayi tu… tak ke terfikir TAKUTKAN ALLAH swt Yang Maha Mengetahui akan segala yang dikerjakan oleh kita. Bukankah elok dibela, dibelai, dijaga… seronok tengok bayi sendiri membesar, setiap hari samada kita @ bayi kita akan belajar benda baru… Kita tengok dia belajar meniarap, merangkak, berjalan dan sebagainya… Anak adalah amanah dari Allah swt…

Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya Allah akan mempersoalkan kepada setiap penanggugjawab akan tanggungjawabnya, apakah dia telah memeliharanya atau mensia-siakannya” (Riwayat Ibnu Hiban).

Wallahualam.

Photographer
+60 019 263 3206
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s