Maulidur Rasul & Outdoor Session

Salam, minggu lepas aku rasa minggu yang paling busy bagi aku. Sekali lagi di hired sbg OP bagi perarakan Maulidur Rasul baru-baru ini. Memang ponat shot majlis ni sbb banyak pergerakan dan melibatkan kawasan yang luas walaupun perarakan hanya diperingkat DUN. Aku pun turut berarak sama. Majlis perarakan berlangsung pada hari sabtu dari 7.00 pagi hingga 12.00 tgh.

Sebelah malam pula, persembahan silat di rumah arwah tok guru. Anak perempuan arwah nikah. Alhamdulillah, semua selamat. Apa yang bestnya aku dapat follow pengantin dan OP-nya buat outdoor dikawasan berdekatan. Dapat lah den belajar nak amik gambau outdoor ni… hihihi sambil menyelam minumlah air… tapi jgn terminum air laut sudah la ye.

Ok, layan ar gambau-gambau ni ek! TQ kerana melawat blog saya…

Gambau-gambau di atas ni, aku guna setting manual. ISO kasi perabih rendah. Aperture pula aku guna f9.5 ke bawah tapi kebanyakan guna antara f5.6 dan f6.7

Persembahan silat di rumah arwah tok guru. Buat pasangan pengantin, Hairul dan Ani “Selamat Pengantin Baru” moga berkekalan ke akhir hayat. Apa jua masalah bawa berbincang. Gaduh sikit2 tu lumrah asam garam hidup berumah-tangga.

Untuk demo silat pada sebelah malam pula, aku guna setting Aperture Priority. ISO mcm biasa kasi perabih rendah. WB Auto je. Support with speedlite guna TTL je. Aperture kebanyakannya guna je f5.6 – Gambau semasa demo di amik oleh adik saya. TQ, bro!

Gambau ni aku suka tengok sbb cantekss ar… hihihi! Tapi masa nak shot dalam sampan ni, kebetulan ada sorang brader lalu n mcm marah kat kita orang naper amik gambau dalam sampan kalau pecah sapa nak bayar! Rileks ar, brader! Pastu aku jumpa brader tu n minta izin dia tapi dia mcm tak puas ati jer… lantak dia ar! Janji dapat shot…

Untuk sesi outdoor pengantin ni, aku guna setting Manual. WB pula aku try Kelvin dan Auto. ISO aku perabih rendah punya. Aperture f5.6

Memang ada perbezaan yang ketara kalau kita cuba main WB ni. Guna Kelvin, gambau akan suam2 biru kot dan skin tone nampak lebih accurate rasanya… hihihi! Memandai je aku! Nanti kalau ada peluang cubalah guna pelbagai WB untuk nampak perbezaannya ye.

Bagi aku, n of course semua photog… PR mmg penting sebab ianya akan mempengaruhi emosi pengantin semasa proses photoshot. Kalau terlepas cakap, abis ar nanti pengantin masam jer. Satu lagi kena deal betui-betui dengan pengantin cara mana kita nak amik gambau sbb setiap wedding photog ada style masing2. Setiap manusia mempunyai citarasa dan pandangan yang bebeza dalam menilai sesuatu.

wife aku cakap muka aku dah hitam legam… pasni nak bubuh bedak banyak2 baru dia tau! ;p

This entry was posted in Event, Perkahwinan, Tips dan Tutorial. Bookmark the permalink.

4 Responses to Maulidur Rasul & Outdoor Session

  1. gurlfrend says:

    cantek gambar2 nih..suasana n color baju pengantin blend dengan canteknye.

    utk event maulidur rasul tuh pun santek gak…patutla muke itam smacam berjemur bagai nk rak…dh mcm budak itam dah hihihi…

  2. awe says:

    Salam my fren. Wahh..mantop la. Ni bikin jeles nih. Gambar BW pengatin tengah pegang tangan mcm nak pusing2 tu cantik moment dia….aku setuju setiap fotografer ada gaya dan style yang berbeza. Tapi tak salah kalu kita meniru untuk meningkatkan tahap kepuasan kita..huuaa..huaaa mcm baguih je aku ni. Kipidup Mann..

    • Azman says:

      Bagi aku dalam bidang fotografi ni, meniru adalah proses pembelajaran. Kadang2 bukan kita dapat hasil yang serupa… TQ, Bro!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s